Beri Peluang TMJ Pimpin FAM

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0

Pertandingan merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia atau FAM akan diadakan pada 25 Mac ini. Ia menyaksikan persaingan antara Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim dengan Tan Sri Annuar Musa bagi merebut jawatan tersebut.

Tan Sri Annuar Musa pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan sebelum ini. Dia telah dapat membawa kejayaan kapada Kelantan walaupun tidak lama. Dia pun baik orangnya. Saya langsung tidak mengenali TMJ tetapi beliau juga telah banyak membawa kemajuan kapada sukan negeri Johor. TMJ merupakan pemilik pasukan JDT dan prestasi pasukan Johor hebat. Kalaulah saya boleh mengundi Sabtu ini, saya pilih TMJ untuk memimpin FAM kerana sebab-sebab berikut.

Bolasepak zaman sekarang hanya boleh dimajukan oleh seorang bilionaire seperti TMJ yang mempunyai keghairahan yang tinggi serta tidak begitu memikirkan untung rugi. Lihat saja bagaimana Roman Abramovich memajukan Chelsea dan pemilik King Power International dari Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha meletakkan Leicester City (pasukan peringkat bawahan dalam liga Ingeris) di puncak kemasyhuran bolasepak sekarang ini.

Bolasepak Korea Selatan juga maju dan cemerlang kerana ditaja oleh syarikat persendirian yang kaya raya seperti Hyundai dan Posco, malah di China ketika ini, banyak kelab bolasepaknya dimiliki oleh bilionaire sehingga ia berkembang maju dengan pantas serta menjadi sebutan di seluruh dunia.

Dalam bolasepak negara dan pentadbiran FAM, banyak penyakit yang perlu diubati sebelum sukan kegemaran rakyat Malaysia itu mahu dimajukan. Saya tahu juga masalah bolasepak Negara. Saya pernah ada dalam FAM sebagai penasihat undang-undang, dan pernah membawa pasukan Kelantan ke separuh akhir. Untuk mengubati semua penyakit itu, ia hanya boleh dilakukan oleh seorang anak raja bilionaire.

Tan Sri Annuar Musa juga kaya, tetapi saya tidak percaya dia sanggup menghabiskan wangnya sendiri untuk menyelesaikan banyak masalah bolesepak nasional. Hanya saorang bilionaire yang cintakan bolasepak mampu melakukannya. Tambahan lagi, Tan Sri Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO, beliau ada tugas lain yang lebih penting untuk parti dan menjaga bossnya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dia pun besar kemungkinan menjadi Menetri Kanan jika Umno menang di Kelantan.

Menjaga dan memajukan bolasepak negara harus diserahkan kepada orang yang tidak banyak kerja lain; dan oleh itu individu seperti TMJ sesuai; bukan kepada orang ahli politik.

Pengurusan bolasepak yang baik boleh dicipta dengan adanya wang yang banyak. Bolasepak tidak boleh lagi mengharapkan sumbangan kerajaan, dana kementerian atau seperti meminta sedekah daripada penaja untuk memberikan saraan. Mengharapkan kepada Astro juga tidak lagi mencukupi. Ia mesti digerakkan oleh seseorang yang ada keupayaan, mempunyai keghairahan tinggi terhadap bolasepak dan memiliki banyak wang.

Untuk memimpin dan memajukan bolasepak nasional, faktor populariti bukanlah keutamaan. Yang penting ialah siapa yang paling berkesan dan mampu membawa perubahan.

Ada orang kata Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan lebih mahukan Tan Sri Annuar berbanding TMJ untuk memimpin FAM. Kalau betul ini juga bertentangan dengan peraturan FIFA yang melarang kerajaaan/menteri campurtangan dalam hal-ehwal persatuan bolasepak. Malah saya percaya Khairy dan TMJ boleh bekerjasama. Mereka kedua-dua menpunyai banyak ciri-ciri persamaan – kaya-raya, muda, handsome, dan suka bolasepak.

Memanglah wang bukan boleh menjamin kita untuk mencapai kejayaan, tetapi tidak cukup wang sudah pasti akan membawa kegagalan. Biarlah ahli-ahli FAM fikir secara praktical dan ambil peluang ini untuk memilih TMJ sebagai Presiden FAM. Sebagai seorang yang bakal menjadi Sultan Johor beliau pastikan akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan bolasepak Negara. “Failure is not an option” – kegagalan bukanlah satu pilihan – baginya.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0
  • shahrul_idzwan

    People who didn’t know about Ringgit Creative and 1993 Kelantan Team would think that you are out of line to comment about this. But We Kelantanese still remember…

    While it is an undeniable truth that money is super important in football, it could also be a cause for damage. Its good that if all teams has enough funds to creat a good team with adequate facilities and anciliary units (technical, commercial, G&A etc). The problem is, the cost of managing teams has inflated so rapidly over the past couple of years, no thanks to JDT inflating salaries of players to unprecedented rate.

    Tough TMJ has espressed some concern on that matter, but only TS Annuar has come up with a clear intent to focus on financial fairplay for the league. We can’t equate our league with those in Europe, or even China. We have our own problems which are unique to us, hence its difficult to adopt any systems elsewhere to mitigate those. We need to come up with our own.

    Now that TMJ has won, hopefully he can help, and perhaps accept some of TSAM’s ideas. Disqualifying teams who don’t pay salaries on time is not a salution. Capping salaries is.

%d bloggers like this: