Bukan larang sembahyang

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0

Bila keluar berita yang saya akan menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana mengeluarkan arahan supaya peniaga pasar malam berhenti berniaga dan menutup kedai untuk solat Maghrib, ramai kawan-kawan bertanya, apa sudah jadi dengan Zaid Ibrahim?

Mengapa pula beliau mahu peniaga pasar malam tidak melakukan solat maghrib?

Berikutan timbul kekecohan dan kekeliruan, maka saya perlu memberi sadikit penjelasan mengenainya.

Soalan yang saya timbulkan ialah mengapa peraturan sedemikian hanya dikenakan kepada peniaga pasar malam sahaja? Mengapa tidak peniaga di Tesco dan kedai-kedai besar di Kota Bharu dikuatkuasakan peraturan yang sama?

Mengapa tidak disabitkan juga sebagai suatu kesalahan kepada mereka yang membawa bas ekspres, teksi dan kereta sewa? Mengapa pesawat kapal terbang tak perlu berhenti waktu Maghrib? Mengapa kedai-kedai di lapangan terbang bebas dibuka waktu itu?

Bukankah mereka semua pun berniaga juga? Selain itu, saya turut ingin tahu, mengapa waktu Maghrib sahaja, mengapa tidak Zohor dan Asar?

Sunnah dan hadis mana yang digunakan oleh Pemimpin Pas Kelantan? Saya percaya Rasulullah sendiri pun tidak membuat arahan sedemikian. Bila cukai pintu, cukai bakul dan cukai tanah dikenakan, apakah kerajaan negeri boleh memberi ‘rebate’ kepada peniaga ini kerana terpaksa tutup kedai mereka? Mereka yang membuat dasar ini tidak faham betapa sukarnya peniaga pasar malam mencari rezeki.

Semata-mata kerana mereka membuka kedai pada waktu Maghrib tidak bererti mereka tidak sembahyang. Lagi pun, bukankah peniaga-peniaga pasar malam boleh melakukan sembahyang secara bergilir supaya tidak menimbulkan kesusahan kepada pelanggan yang tidak boleh sembahyang atau pembeli bukan Islam? Kalau mereka tidak melakukan sembahyang Maghrib pun biarlah mereka yang tanggung dosa itu. Apakah Exco Kelantan, Abdul Fatah Mahmood dan Mustapa Mohamed tak ada dosa?

Malulah sikit kepada orang beragama lain. Nampaknya orang Islam Kelantan kena dipaksa untuk sembahyang. Itu pun belum tentu mereka akan sembahyang. Tidak bolehkah kita menghormati mereka yang seagama dengan kita dan beri kepercayaan bahawa mereka tahu tanggungjawab sendiri terhadap agama dan akhirat, tanpa perlu menggunakan undang-undang untuk mereka laksanakan tanggungjawab itu?

Inikah yang Pas dan Umno mahu tunjuk kapada masyarakat umum, bahawa orang Melayu mestii dipaksa dan dikuatkuasakan undang-undang untuk melakukan tanggungjawab agama mereka sendiri? Ada kita dengar orang agama lain diarah dan dipaksa oleh undang-undaang tentang cara mereka berpakaian dan cara nak berniaga dipasar malam?

Mustapa Mohamed dan Pas Kelantan kata rakyat negeri itu sendiri mahu peraturan tersebut dilaksanakan. Mungkin, tetapi rakyat Kelantan juga mahu Menteri dan Exco, isteri serta adik-beradik turut mengisytihar harta mereka. Apa macam, berani?

Bolehkah pemimpin Kelantan yang tidak ada dosa itu membuat pengakuan mengenai kekayaan dan pemilikan harta mereka serta mendedahkannya dengan telus kepada umum? Rakyat Kelantan juga mahu janji pilihanraya yang lepas dilaksanakan, maka bolehkah kita tanya rakyat Kelantan apa selera sebenar mereka dalam pilihanraya kali ini?

Orang nak berniaga pasar malam usahlah kita ganggu. Mereka hanya ada tiga jam, antara 6.00 petang hingga 9.00 malam untuk mencari rezeki. Banyak lagi kerja kebajikan yang Fattah Mahmood dan Mustapa Mohamed boleh fikir dan lakukan untuk kebaikan mereka

Soal dosa dan pahala ini biarlah kita serah kepada Malaikat saja untuk kira dan simpan rekod mereka. Orang politik yang cuba tunjuk alim sebelum pilihanraya ini sebenarnya adalah pemimpin yang tak berguna. Usahalah bersungguh-sungguh supaya orang kita boleh mencari rezeki dengan halal.

Hormatlah sikit orang biasa seperti peniaga pasar malam. Peraturan sembahyang kepada mereka itu seharusnya hanya berupa galakan, bukannya paksaan. Jangan susahkan mereka.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0
  • Alfred Chuah

    Sembahyang 5 kali sehari, 7 hari seminggu, tapi troli kat tesco bersempah sini sana, sampah buang merata-rata…. paksa sembahyang tapi tak bersih pun….

  • Joe

    While i understand the frustration of what you see as abuse of blind faith by opportunistic hypocritical trustees of the faith with state power, it’s possible you to go off topic and taking on too much and wrong priority.

    The issue with such ruling really is, besides it’s use to cover up their own administrative failures, the summary exercise of power that encroach on non-Muslim right is why Non-Muslim do not believe the argument of ” it does not affect non-Muslim” in Hudud, RUU 355 and syariah jurisprudence in general.

    The fact is Islamic statism is hegemonistic and it’s primary reason it’s attractive to those who believe and sympathetic to the Ketuanan ideology. To them, it’s a glorious tool to achieve their dream, the maliciousness makes it even more sexier and bed-wetting.

%d bloggers like this: