Filem “Malay Regiment”

Share on Facebook3Tweet about this on TwitterShare on Google+0

Setiap kali kita menyambut perayaan Merdeka pada 31hb Ogos, maka akan timbullah filem propaganda UMNO yang menunjukkan orang Cina sebagai musuh negara. Tahun lalu filem “Tanda Putra” mempamerkan unsur orang Cina yang memulakan tragedi 13 Mei, 1969. Pada tahun ini pula muncul filem “Malay Regiment” oleh Dato’ Jurey Latiff Rosli yang menceritakan tentang pengorbanan Askar Melayu melawan musuh negara.

Cuma dalam sejarah negara kita, Askar Melayu hanya melawan musuh sebenar seperti tentera Jepun dan gerakan komunis 90 tahun dahulu. Tetapi dalam filem UMNO ini ditambah satu elemen baru. Sekarang Askar Melayu diminta juga melawan musuh baru iaitu DAP dan rakyat keturunan Cina yang menyokong DAP. Filem ini menunjukkan seolah-olah Askar Melayu diminta meneruskan menentang musuh baru DAP, sebagai kesinambungan daripada perjuangan mereka dulu melawan Komunis. Saya menyeru janganlah membuang masa menonton filem ini.

Kerja jahat dan bodoh ini memalukan Askar Melayu itu sendiri.  Mereka digambarkan semacam tidak peduli kepada maruah dan tanggung jawab mereka kepada negara, tetapi rela digunakan sebagai alat propaganda UMNO melawan sebuah parti politik. Askar Melayu dan seluruh anggota Angkatan Tentera tidak berpolitik, dan tanggung jawab mereka ialah kepada Malaysia, bukan kepada UMNO. Jangan sekali-kali kita merendahkan maruah mereka dan mensia-siakan pengorbanan mereka.

UMNO dan BN memang takut kepada Pakatan Harapan. Malah mereka takut dengan kebangkitan rakyat sekarang ini. Sebab itulah mereka cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan yang berbangsa Cina. DAP sekarang ini telah diterima oleh ramai orang Melayu, dan inilah sebabnya UMNO dan unit propaganda mereka mahu orang Melayu benci kepada DAP.

Kerana itulah, dalam trailer untuk filem itu, diselitkan satu adegan yang menunjukkan seolah-olah seorang berbangsa Cina ingin mengambil-alih kerajaan, ketika sedang berdiri disebelah keretanya berhadapan dengan bangunan Parlimen, dengan nombor plat yang membayangkan ianya adalah kepunyaan DAP. Nombor kereta dalam filem “Malay Regiment” ini pun cuba menunjukkan bahawa orang Melayu harus benci kepada DAP.

Waspadalah rakyat Malaysia dengan berbagai taktik jahat BN musim pilihanraya ini.

Share on Facebook3Tweet about this on TwitterShare on Google+0
  • Joe

    Najib was Defense Minister for two terms, total of 12 years. He stole hundreds of millions to enable himself to be DPM. There is no way he has not build significant feudal loyalty within the military – and the man can hardly run a hundred yards without collapsing. Like it or not, he got this corner well covered for himself.

  • Aoshd

    Malay Regiment is glorified while Rejimen 10, a Malay regiment feared by the British army has been erased from history.

    (Regimen 10 was part of the Malayan Communist Party established in 1949 and fought against the British for independence. Whereas Malay regiments were fighting alongside the British army to eliminate them. Supporting the British was Umno, which comprised aristocrats from the palaces and civil servants. Both were part of the colonial government.

    The British and Umno also cracked down on other Malay independence fighters hoping to set up a republican country which would remove the sultans.

    The British handed over Malaya to Umno as they were friends who, unlike the republican and communist minded, would not confiscate British assets.

    Since 1957, Umno promoted themselves as champion of independence. Whereas the communists were painted as enemies of the Malays and the republican fighters blotted out.

    Google rejimen 10 pkm, Wikipedia Rashid Maidin, Ahmad Boestaman)

%d bloggers like this: