Hubungan Melayu-China Abad 21

Share on Facebook64Tweet about this on TwitterShare on Google+0

Saya, sebagai penasihat Persatuan One Belt One Road (Malaysia) telah dijemput untuk berucap di majlis ‘Guandong 21st Century Maritime Forum’. Banyak negara di dunia menghantar wakil mereka, tetapi tidak ada wakil dari Malaysia. Mungkin Malaysia masih marah kepada China kerana beberapa projek mega yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri terdahulu.

Semasa memberi ucapan dan pandangan peribadi saya, saya menyeru semua pihak supaya memberi tumpuan kepada keperluan serta kemajuan bisnes masing-masing dan berhenti merintih berkaitan politik.

Biarlah kita eratkan kerjasama antara usahawan Malaysia dan China serta mecari jalan untuk bekerjasama dengan lebih baik lagi. Tidak wajar kita merujuk kepada masalah yang lampau tanpa mencari pendekatan baru yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak.

Saya berharap lebih ramai usahawan Melayu datang ke negara China untuk mengenali mereka dengan lebih rapat. Tidak rugi kita merendah diri dengan negara kaya, satu kuasa besar dunia dan berpengaruh. Sikap merendah diri itu akan memberi keuntungan kepada kita.

Mereka bertanya kepada saya, apakah Malaysia memerlukan pelaburan daripada China? Saya kata saya tidak boleh menjawab bagi pihak Malaysia, tetapi saya tahu usahawan Malaysia memang mahu pelaburan dan usahasama yang berterusan daripada negara China.

Khususnya kepada orang Melayu, saya harap mereka jangan was-was untuk bekerjasama dengan usahawan daripada negara China. Kalau Rasulullah SAW pernah menghantar bapa saudaranya, Abbas bin Abd al-Mutalib ke Guangdong, mengapa pula kita harus takut semata-mata kerana projek Iskandar?

Saya menyokong penuh kesanggupan Pas untuk menjayakan Projek ECRL. Saya percaya Pas boleh meminta China meneruskan projek itu di Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan menggunakan wang ansuran daripada bayaran royalti minyak yang dijanjikan oleh kerajaan PH.

Saya sendiri meminta beberapa wakil GLC daripada negara China yang sempat saya temui untuk melawat Kelantan dan Terengganu, seterusnya mencari jalan di mana mereka boleh menolong kedua-dua negeri di bawah pentadbiran Pas itu.

Kita perlu menolong Pas membangunkan inftrastruktur di kedua-dua negeri yang ditadbirnya, tetapi para pemimpin Pas tidak perlu terikut-ikut dengan pendekatan Putrajaya sekarang terhadap China.

Saya tidaklah setuju dengan dasar-dasar tertentu Pas, tetapi itu tidak bererti kita tidak boleh membantu mereka dalam tuntutan royalti hasil minyak dan usaha mereka membangunkan negeri-negeri yang ditadbirnya.

Share on Facebook64Tweet about this on TwitterShare on Google+0
%d bloggers like this: