Khas Untuk Nik Abduh dan AirAsia

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0

Saya anggap Nik Abduh sebagai orang Islam yang sombong dan menganggap dirinya alim, dan orang lain jahil; satu penyakit lama dikalangan ahli PAS. Dia dengan sombong bertanya samada saya pernah berdoa. Isu ini timbul kerana dia tidak faham kandungan tweet saya tempoh hari mengenai tindakan juruterbang AirAsia. Sebenarnya ini tidaklah mengejutkan, kerana Nik Abduh juga tidak memahami 1MDB, satu perkara yang mudah diafahami.

Ramai juga orang Islam yang menghentam saya kerana kenyataan saya mengenai juruterbang Air Asia yang meminta para penumpang membaca doa ketika mengalami kecemasan di Perth, baru-baru ini. Mereka yang menegur ini juga tidak faham apa yang saya katakan.

Nik Abduh dan penyokongnya kata saya larang membaca doa, atau tidak mahu berdoa. Itu silap sama sekali. Saya selalu berdoa dan bukan hanya semasa kecemasan. Bila enjin pesawat bergegar nak tercabut atau mengalami masalah, saya percaya semua penumpang telah pun berdoa melalui cara masing-masing ketika itu. Tak payahlah juruterbang menambahkan lagi kerisauan mereka. Penumpang yang rasa mereka akan mati mesti dengan sendirinya akan berdoa, dan Nik Abduh sendiri mengakui bahawa ini “lumrah maanusia”. Jadi apa pula perlunya juruterbang menambahkan lagi kebimbangan mereka. Untuk Pengurusi AirAsia, saya katakan disini isunya bukan apakah baik meminta “divine intervention” tetapi apakah wajar juruterbang meminta penumpang berbuat demikian.

Saya ada mengatakan bahawa juruterbang tak payahlah meminta penumpang membaca doa kerana tindakan itu boleh dianggap menunjukkan keadaan sudah tidak boleh diselamatkan. In juga boleh diertikan bahawa beliau tidak ada keyakinan untuk mengatasi masalah pada ketika itu. Bila juruterbang berbuat demikian meminta orang membaca doa, apakah perasaan orang di belakang dalam pesawat tersebut? Penumpang di belakang tidak tahu banyak hal dalam keadaaan itu, dan mereka hanya mengharapkan juruterbang memberi mereka keyakinan dan panduan. Apa perlunya menambah lagi beban kepada mereka.

Bukankah kerja dan tugas juruterbang ialah memberi harapan dan keyakinan kepada penumpang dan melakukan apa saja untuk menyelamatkan pesawat? Maut tidak sekali-kali harus melintas fikirannya. Itulah yang kita harapkan dari juruterbang AirAsia.

Katakan anda dibedah oleh seorang pakar jantung, tiba-tiba semasa pembedahan, dia terus meminta semua keluarga termasuk anda sendiri untuk membaca doa. Bukankah itu menunjukkan anda dalam keadaaan tenat dan mungkin mati? Apakah ini yang kita mahu dari juruterbang dan pakar bedah kita?

Nik Abduh membuat banyak tuduhan lain yang menghina saya dalam facebook beliau, dan saya tidak mudah lupa. Saya akan membuat tindakan susulan yang lain dimasa depan. Buat masa ini, saya sekali lagi menjelaskan, isunya bukan kita tidak boleh berdoa atau tidak wajar berdoa; tetapi mereka yang menjagga keselamatan penumpang ketika pesawat di udara usahlah memberi petanda yang membimbangkan semasa pesawat dalam keadaaan tenat.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0
  • Akramin Hariri

    Itu lah silapnya letakkan doa pd yg akhir sekali. Tunjang kte Allah. Dia patut d utamakan. Patut dr awal2 lg doa. Bkn dah rsr nk mati br doa. Kalau kte d igtkn oleh doctor utk doa & bermunajat sblm pembedahan adalah mksd nya kte akn matii? Kalau doa naik kenderaan adakah sat lg kte nk eksiden? Sepatutnya kte kne letak kte ni xda kuasa daya upaya melainkn Allah. Doa tu utk sbg pelindung kte. Tawakkal kte harapan kte letak pd yg 1…
    Iman tuan skrg ni d mana?

  • ruffstuff

    As Zaid and the western have different concept of ‘Doa’, as it is more towards closure rather than comfort. As a Muslims, ‘Doa’ and ‘Prayer’ is not for closure. You are the one who missing the point of the word ‘Doa’.

  • Jack Wang

    There is a FB post by a Madeline Wright who was a passenger on that plane. Understanding the context on how the prayer statement was made, do you still hold on to your position that the pilot should not have made that prayer statement at all?

    • Virgil

      because he is sick macai of DAP. its okay to be a supporter bot not a bangang supporter who is blind of everything.

  • Aszfia Haris El Haraki

    Masa bapak aku dibawa ke dewan bedah di Institut Jantung Negara dulu. Dr. yang bertugas meminta kami sama sama berdoa agar semuanya berjalan lancar disamping mereka melakukan usaha. Sikit pun kami tak cemas malah berterima kasih kepada Dr. yang bertugas kerana mengingati kami.. walaupun benda itu lazim..Hmmm.. nampaknya trick Zaid nak spin sambil kona baring tak menjadi.. bangang punya melayu DAP…

  • Joe

    Frankly Dato, fact is while it would be more professional for the pilot NOT to ask the passenger to pray, the fact is it is not that important. The plane was “making noise like a washing machine” meaning the passengers already knew it was bad. Pretending it is not would not help much, asking for prayer, overly truthful also does not make it much worst, actually can help those too curious.

    Sorry Dato, you do not have much of a point and allowed the crazies to come after you.

  • Sharing Thoughts

    Don’t you have better thing to say Dato? People already brand you for joining DAP and now with you ridiculing the pilot for asking the passenger to pray, you just made it worst. I suggest you talk to the passengers before commenting further. Clearly they were happy with how the episode ends,

  • mamamia

    Zaid thought doa is when u are already hopeless & feel like dying .. lol! Such a crap definition. We pray for calmness & positivity of the mind. Not because of negativity!

  • RA

    Words from a failed politician..he prays and yet he is still a secondhand politician

  • Khong Kok Wai

    I believe some passengers were not paying their flight tickets to learn what ‘Doa’ means and the concept behind it.

    • Virgil

      the pilot says to recite prayer. are you dumb or just lazy?

  • Mohd Shahrul Nizam

    A wash up failed politician…Pathetic..

  • Muhammad Irfan

    Zahid, you are such a dumb stupid politician. that’s enough to sum up how shitty you are as a muslim, politician and God’s slave upon this world

  • Virgil

    But is it wrong to pray Zaid? Is it really wrong to do that that you have to criticize it? Have you ever prayed for something? Haven’t you not?

  • synur

    pemahaman definisi doa adalah yg menjadi konflik di sini. Doa bagi bukan islam adalah penyelesaian terakhir bg seseorg, Tetapi bagi muslim yg BERIMAN, doa adalah amalan setiap masa. malah apa jua keadaan adalah ketentuan Allah. wallahua’lam..

  • Alfred Chuah

    So many definitions of prayers/doa… case in point: with growing number of Muslims hence growing number of all kinds of prayers, we’re going down the manhole deeper and deeper day by day. So much for praying (whatever kind you wanna defend).

%d bloggers like this: