Melayu UMNO

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0

Saya masuk DAP diatas beberapa sebab; tetapi yang utama ialah untuk mengajak Melayu Umno mula berfikir secara rasional. Menyokong tanpa memahami isu sebenar seperti yang dituntut oleh UMNO sekian lama, jelas melemahkan minda Melayu. Kesannya dilihat setiap masa. Bila Melayu Umno percaya cerita dongeng Raja Arab memberi sumbangan derma kapada Najib; dan percaya bahawa kerugian kepada Kerajaaan dari kerenah 1MDB hanya 1 juta Ringgit, maka itu petanda Melayu sudah hilang perhitungan yang rasional.

Bagitu juga isu Pulau Pinang yang di besar-besarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan. Ada orang Melayu Umno yang menyokong cadangan itu, sedangkan perkara itu mustahil dilakukan kecuali Kerajaan Pulau Pinang bersetuju dengannya. Samalah mengenai hal tuduhan DAP anti-Islam dan anti-Melayu, tidak seorang pun memberi fakta dan bukti yang jelas. Apakah orang Melayu di Pulau Pinang didiskriminasikan? Tunjukkan bukti, kerana saya pun nak tahu. Tetapi UMNO propaganda bermain isu-isu sensitif ini tanpa sedikit pun peduli kepada fakta dan apa yang benar kerana mereka tahu ramai lagi ahli-ahli UMNO sudah tidak mampu berfikir lagi. Mereka turut kerana itulah tuntutan pemimpin mereka.

Sindrom Melayu tidak lagi mahu berfikir secara rasional inilah yang menyebabkan saya masuk DAP, supaya dapatlah saya memberi penerangan tentang isu-isu yang dibangkitkan. Amatlah rugi bangsa saya jika mereka rela diperbodohkan oleh pemimpin mereka. Dimana maruah mereka? Sekurang-kurangnya saya cuba untuk mengatasi penyakit yang dialami oleh orang Melayu hari ini. Memberi ruang yang sihat untuk Melayu berfikir secara kritis dan rasional ini menjangkau politik. Ia adalah usaha yang positif untuk membolehkan orang Melayu membezakan apa yang benar dan apa yang karut. Hanya dengan keupayaan ini mereka boleh maju dibidang lain.

Ada beberapa professor kangkung meramalkan kemasukan saya dalam DAP itu tidak ada kesan langsung kepada orang Melayu. Cara akhbar dan portal BN menyerang saya, menunjukkan kebimbangan mereka. Saya tahu hati naluri orang Melayu. Ada yang cuba meremehkan kemasukan saya bahawa saya bukan Melayu biasa, tetapi Melayu liberal. Saya bukan liberal, cuma saya mempunyai minda yang terbuka. Saya tidak endah sangat dengan cerita dongeng, atau cerita palsu. Misalnya, saya tidak takut kepada hantu UMNO. Saya menilai sesuatu perkara itu berasaskan fakta dan keadaaan. Itulah, pada hemah saya, cara bangsa Melayu yang maju perlu bertindak.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0
  • Joe

    Again, go back to the absolute truth – Politiical scapegoating is the refuge of political failures. When the scapegoating starts to fail, then the spiral of failure is imminent..Its not your impact that matter but the inflexion point you mark on the path of failures of UMNO and Najib that has been on.

%d bloggers like this: