Malu, tapi mahu – Adit Rahim

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0

Oringal Article: The Malaysian Insider

Aku malu, tatkala terbaca
Kata-kata dabikkan dada
“Ketuanan kita harus dijaga”
Siapa yang mati, melantik kita
Jadi pejuang cuma satu bangsa
Sedangkan yang lain diketepikan sahaja?

Aku malu, tatkala terbaca
Suguhan pelbagai, diberi orang kita
Sedangkan ianya buat mereka alpa
Tiada berusaha, tetapi mahu kaya
Peluang diberi, dipersia-sia
Sibukkan tuding jari mempersalahkan segala

Aku malu, tatkala terbaca
Orang terpelajar tapi  masih berkata
Bantulah mereka yang terpilih sahaja
Tidak menyokong, pinggirkan sana
Bukankah bila adil dan saksama
Ramai sayang, yang membenci tiada?

Aku malu, tatkala terbaca
Yang berani menegakkan yang benar dicerca
Mungkinkah ada yang malu dengan kata-katanya
Kerna tepat menusuk kalbu dan jiwa raga
Pabila agenda sebenar dibongkar merata
“Niat” anda-anda berpusatkan wang semata-mata

Aku malu, tatkala terbaca
Begitu rapuh minda anak bangsa
Ditegur tak boleh, dikata terus teriak menganga
Ilmu cetek tetapi cuba memperjuangkan “agama”
Kononnya orang “luar” tidak layak menyuara
Duduklah bawah tempurung gamaknya

Aku malu, tatkala hendak bersuara
Nanti dibidas, dikata penjahanam bangsa
Tapi teguran harus diterima, bukakan minda
Yang benar itu memang pasti pahitnya
Tak sanggup telan, alamat tak majulah kita
Kembali dalam kepompong, runcing akalnya

Aku malu, tetapi aku tetap mahu
Kerna terlalu penat menahan pilu
Melihat “kemunduran” pemikiran “rakan-sahabat”ku
Yang masih berangan-angan tanpa silu
Sedangkan orang lain dah lama berlalu
Jauh tinggalkan kita semua, untuk maju

Aku malu, kerna aku tahu
“Selimut” itu terlalu enak buat kamu-kamu. – 6 Disember 2013

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0
  • bigjoe

    Its not shame the critical Malays should be concern about, its FEAR. This UMNO GA proves, from top to bottom of UMNO, they are drinking their own Kool-Aid and going into frenzy from the fake and phony. Its all be done before – in Animal Farm, in Nazi Germany, Fascist Italy, Marcos’s Philippines, Mugabe’s Zimbabwe, etc. The artificial flavours, stimulants and sweeteners all will wear off and it will just crash..

  • fairijus

    As we witness the passing away of Nelson Mendela and think about our country….
    nothing sadder than to see the lessons unlearned
    suppression and superiority so shamelessly trumpeted
    a manufactured majority to justify the oppression
    god is recruited to support bigotry and meanness
    a legacy we all can be proud of?
    bull and shit is what you will get

  • B H Yap

    …and yet we praise Mandela for his ideals, which are the furthest from what UMNO members believe in.

%d bloggers like this: